HAL EHWAL PELAJAR (HEP)
Tel.: +609 565 9000 / 9023
PENGENALAN
Unit Hal Ehwal Pelajar bertanggungjawab di dalam hal-hal berkaitan pengambilan pelajar baharu, kebajikan, disiplin dan pembangunan sahsiah
pelajar. Pengurusan unit ini dibahagikan kepada tiga unit supaya peranan tersebut dapat diuruskan dengan sempurna.
UNIT PENGAMBILAN DAN DATA
♦ Peranan unit adalah berkaitan dengan urusan;
♦ Melaksanakan dasar dan tugas pengambilan pelajar baharu;
♦ Mengurus proses pengambilan dan pendaftaran pelajar baharu dan lapor diri pelajar senior;
♦ Bertanggungjawab menyimpan segala rekod dan maklumat peribadi pelajar;
♦ Pengurusan sistem pengkalan data peribadi pelajar (SPMP);
♦ Sebarang hal yang berkaitan boleh hubungi : 09-565 9023 / 010-540 9483.
UNIT DISIPLIN DAN TINDAKAN TATATERTIB
Semua pelajar politeknik adalah tertakluk di bawah Akta Institusi-intitusi Pelajar (Tatatertib) 1976 dan unit ini dipertanggungjawab untuk:
♦ Membuat perancangan dan memastikan prosedur pengurusan disiplin pelajar dipatuhi.
♦ Berperanan mengurus hal berkaitan dengan perbicaraan pelajar di bawah Akta tersebut.
♦ Menguatkuasa lain-lain peraturan yang berkaitan dengan pelajar.
♦ Sebarang hal yang berkaitan boleh hubungi : 09-565 9041.
UNIT KEBAJIKAN, PINJAMAN, BANTUAN KEWANGAN DAN BIASISWA
Antara tangungjawab unit ini termasuklah:
♦ Membantu pelajar bagi perkara yang berkaitan pinjaman dan bantuan kewangan
♦ Menguruskan insurans berkelompok pelajar
♦ Menguruskan hal-hal berkaitan kebajikan pelajar
♦ Sebarang hal yang berkaitan boleh hubungi : 09-565 9077 / 09-565 9048.
PENYELARAS NON-RESIDENT PELAJAR
Antara tangungjawab unit ini termasuklah:
♦ Membantu pelajar bagi urusan kediaman sewa pelajar.
♦ Menguruskan hal-hal kebajikan dan keselamatan yang melibatkan pelajar yang tinggal di kediaman sewa.
♦ Memantau disiplin pelajar yang tinggal di kediaman sewa.
♦ Sebarang hal yang berkaitan boleh hubungi : 09-565 9078.
PERMOHONAN MENJADI PELAJAR PMKu
Untuk memohon sebagai seorang pelajar di Politeknik Malaysia, sila lawati Portal UPU [klik sini] atau Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Politeknik / Bahagian Pengambilan Pelajar [klik sini] atau hubungi PMKu: +609 565 9000/9023 bercakap dengan Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) kami. Untuk mengetahui syarat kemasukan ke PMKu, sila lawati laman ini [klik sini].